Duration 9:3

Patin Bakar Tempoyak KRV Patin House Terbaik

419 watched
0
17
Published 7 Sep 2020

Patin Bakar Tempoyak KRV Patin House Terbaik Part paling heaven dengan ikan patin tempoyak ni ialah bila ko dapat hirup kuah tempoyak patin ni. MasyaAllah. Sedapnya weii. Siapa yang tak suka tempoyak atau tak makan ikan patin, korang patut cuba sekali untuk seumur hidup tau. Thanks kepada mereka yang kongsi petua dan resepi untuk masak ikan patin tempoyak ni. Allah jua yang dapat membalas kebaikan ini dengan sesuatu yang lebih baik kepada kalian. aamin. Tips dan Cara Masak Ikan Patin Tempoyak Asli Yang Sedap Kalau ikut tips orang jati  Temerloh, masakan ikan patin tempoyak yang sebenar tidak menggunakan bawang merah atau putih, hanya guna cili hidup, kunyit dan daun kesum. Jika suka akan kuah ikan patin tempoyak yang pekat, masak kuahnya dahulu, kemudian barulah dimasukkan ikan. Ikan patin ni jenis ikan sungai.Jadi dah sah-sah bau hanyir ikan ni agak kuat.Jadi, semasa kita cuci ikan patin ni, boleh gunakan tepung gandum.Atau boleh juga guna perahan limau atau perahan air asam jawa. atau rendam dengan asam keping. Dalam ikan patin ada satu urat sebesar benang berwarna putih,orang kampung panggil urat hanyir.Apabila urat tu ditarik keluar hanyir akan hilang isi ikan patin bertambah lemak.Urat ni terletak di tengah-tengah isi ikan. Pastikan kuah tempoyak sudah mendidih barulah dimasukkan ikan patin ke dalamnya supaya ikan tak hancur Kalau hendak masukkan timun lebih baik dimasukkan terlebih dahulu dan dibiarkan ianya agak lembut sebelum dimasukkan ikan. Elakkan mengacau selepas ikan dimasukan. ini bagi memastikan isi ikan tidak hancur. Lebih sedap jika menggunakan tempoyak yang fresh.Tempoyak yang menyebabkan kuah ikan patin menjadi terlebih masam atau kurang sedap. Berdasarkan pengalaman sendiri, bahan masakan seperti cili hidup, kunyit hidup dan tempoyak hendaklah ditumbuk supaya lebih enak dan sebati berbanding diblend. Cara mudah ialah datang cuba sendiri ke KRV Patin House. Settel masalah. #makesoho #patin #tempoyak

Category

Show more

Comments - 4